Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis nafi berlaku tembakan

tembakrambak

IPOH — Pihak polis menafikan dakwaan dalam media sosial berlaku tembakan rambang di sekitar kawasan beli-belah Gerbang Malam di Jalan Tahwil Azhar di sini dan perkarangan Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad.

 

Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Supt Ahmad Termizi Abdul Haq berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu.

“Keadaan Bandaraya Ipoh aman dan terkawal yang kehidupan rakyat berjalan seperti biasa. Orang awam tidak perlu bimbang untuk menjalankan aktiviti di sekitar Bandaraya Ipoh,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau meminta orang ramai tidak menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

Mengenai kemalangan maut di Jalan Ng Soon Teik, Buntong di sini Selasa lepas, Ahmad Termizi menasihati orang ramai supaya bertenang dan menyerahkan sepenuhnnya kes tersebut kepada pihak polis.

“Orang ramai juga diminta tidak menganggu keluarga mangsa dan tidak menimbulkan kekacauan dan kekecohan yang boleh menggugat ketenteraman awam,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan