Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis Nafi Aktiviti Pengambilan Organ Manusia Di Beluran

PDRM1

BELURAN – Polis di sini menafikan berlaku aktiviti penculikan untuk tujuan mengambil organ dalaman, khususnya kanak-kanak.

Ketua Polis Daerah Beluran Supt Sivanatan Velautham berkata isu penculikan yang sedang hangat diperkatakan dan disebarkan khususnya melalui media sosial adalah tidak benar sama sekali.

“Kesan daripada penyebaran maklumat tidak berasas itu bukan sahaja menyebabkan kegusaran dan situasi panik tetapi juga menimbulkan pelbagai persepsi dan sangkaan buruk kepada pasukan keselamatan,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau menasihatkan masyarakat di daerah ini tidak mudah percaya dengan khabar angin khususnya yang diviralkan menerusi media sosial.

Katanya polis sentiasa berjaga-jaga dan menyiasat secara terperinci jika ada laporan dibuat. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan