Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis Miri tumpas satu sindiket edar dadah

tumpas sendiket dadah

MIRI: Polis Miri percaya dapat menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah dengan tertangkapnya tiga lelaki dan merampas sejumlah dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Tudan Fasa 2 di sini petang kelmarin.

Manakala dadah dirampas terdiri daripada jenis ganja, Methamphetamine (syabu) dan pil Ekstasi dengan berat (kasar) keseluruhan hampir 300gram.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Gan Tian Kee ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan rampasan tersebut.

Katanya bertindak atas maklumat diterima sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (JSJND) Miri mlakukan serbuan ke sebuah rumah di kawasan Tudan Fasa 2 di sini.

“Dalam serbuan dilakukan sekitar jam 1.20 petang Ahad lalu, polis menahan tiga lelaki untuk tujuan pemeriksaan. Salah seorang daripada suspek terbabit menunjukkan tempat simpanan dadah di dalam bilik tidurnya,” katanya.

Menurut Gan, hasil pemeriksaan lanjut polis menjumpai satu bekas plastik mengandungi tujuh peket plastik lutsinar mengandungi daun kering dipercayai ganja seberat 106.7 gram (berat kasar) dan lima peket plastik lutsinar mengandungi 194 pil dipercayai Ekstasi (65.86gram).

Turut dijumpai dalam bekas sama ialah 34 peket plastik lutsinar mengandungi ketulan-ketulan kristal dipercayai dadah jenis syabu dengan berat kasar 123.18 gram.

“Semua dadah itu dirampas dan ketiga-tiga suspek kemudian ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk disoal siasat lanjut,” katanya.

Menurut Gan, hasil ujian saringan air kencing ketiga-tiga suspek menunjukkan positif dadah jenis Methamphetamine.

Justeru, kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam pada itu, ketiga-tiga suspek berusia antara 33 hingga 37 tahun masing-masing dari Tudan, Kampung Pangkalan, Lutong dan Kampung Pusil, Bakam dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini semalam untuk mendapatkan perintah reman.

Mereka kemudian diperintahkan supaya direman enam hari mengikut Seksyen 117, Kanun Prosedur Jenayah untuk membantu siasatan lanjut polis. -SUMBER PHOTO- UtusanBorneo

Komen


Berita Berkaitan