Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis Mexico Temui 60 Mayat Di Krematorium Terbiar

polis mexivo

ACAPULCO, Mexico – Polis negara ini menemui 60 mayat termasuk kanak-kanak yang dibiarkan reput di krematorium terbiar yang ditutup berbulan lalu dekat pusat peranginan Acapulco, kata pihak berkuasa.

Pihak berkuasa membuat penemuan mayat berkenaan yang ditutup dengan cadar putih dan bertindih antara satu sama lain selepas penduduk menelefon polis mengadu mengenai bau busuk dari bangunan “Cremations of the Pacific”.

Waris yang pernah mendapatkan perkhidmatan rumah mayat itu untuk membakar mayat meminta pihak berkuasa memeriksa sama ada ahli keluarga mereka adalah antara mayat yang ditemui.

Pusat peranginan yang semakin hilang popularitinya dicemari keganasan geng dadah dan mangsa kekejaman mereka sering ditemui di sekitar bandar berkenaan tetapi pihak berkuasa memberitahu penyiasatan sedang dijalankan.

“Di antara 60 mayat yang ditemui, terdapat wanita, lelaki dan kanak-kanak yang sudah diawet…(dan) siap untuk dibakar,” kata pejabat pendakwa raya wilayah Guerrero dalam kenyataan.

Sebelum ini, pegawai berkata, mereka menemui 61 mayat. – AFP

Komen


Berita Berkaitan