Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,798

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Polis menahan dua orang suspek kes samun kedai Orange

4:25pm 18/03/2016 Leolerry Lajius 240 views Jenayah,Tempatan
Senjata yang digunakan oleh suspek dalam kejadian tersebut.

Senjata yang digunakan oleh suspek dalam kejadian tersebut.

KOTA KINABALU: Pihak polis menahan dua orang suspek yang disyaki terlibat dengan kes samun kedai 24 jam Orange, Taman Cantik Lido yang berlaku 15 Mac yang lalu.

Dalam kejadian yang berlaku antara jam lebih kurang 1.00 pagi hingga 1.40 pagi itu, sebuah kedai 24 jam (Orange) dan seorang mangsa yang berada berdekatan dengan kedai 24 jam tersebut telah disamun oleh dua orang lelaki bersenjatakan sebilah parang dan sebilah pisau.

Susulan daripada kejadian jenayah kekerasan yang serius ini, pihak polis telah mengambil tindakan segera untuk mencari maklumat dan seterusnya mengesan suspek. Dalam usaha dan tindakan yang dijalankan tersebut, pihak polis telah berjaya menyelesaikan kedua-dua kes tersebut dengan tertangkapnya kedua-dua suspek dalam dua siri serbuan di dua lokasi berbeza iaitu sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Pasir Putih Penampang dan di Kampung Anak Kinarut.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah DSP Rosdi Mat Jusoh, pada 15 Mac yang lalu, jam 5.46 pagi, satu laporan polis telah dibuat oleh pengadu menyatakan pada hari yang sama jam lebih kurang 1.33 pagi, kedai 24 jam Orange, Taman Cantek Lido Luyang Kota Kinabalu Sabah telah disamun oleh dua orang lelaki yang tidak dikenali bersenjatakan sebilah parang dan sebilah pisau.

“Siasatan polis mendapati, sewaktu kejadian, pengadu bersama seorang rakan sekerjanya sedang bekerja di Kedai Orange 24 jam tersebut dan tiba-tiba dua orang lelaki yang tidak dikenali memakai helmet dan sarung muka warna hitam telah meluru masuk ke dalam kedai tersebut lalu mengacukan senjata sebilah parang dan sebilah pisau ke arah pengadu dan rakan sekerjanya.”

“Kedua-dua suspek kemudian telah mengarahkan pengadu membuka mesin kira wang lalu mengambil wang tunai berjumlah RM 675.00. Kedua-dua suspek juga turut mengambil dua kota rokok jenama ”Winston” dan dua kotak jenama ”Mevius” sebelum melarikan diri,”katanya.

Menurut Rosdi, kedua-dua suspek warganegara itu juga didapati positif dadah jenis Methamphetamine dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Dalam kejadian berasingan itu, kes samun tanpa senjata api di Kedai 24 jam itu melibatkan kerugian bernilai RM720.00 manakala bagi kes samun terhadap mangsa yang berada berdekatan dengan kedai tersebut kerugian adalah bernilai RM450.00.

Dalam serbuan tersebut pihak polis juga telah merampas beberapa barang yang ditemui di rumah suspek dengan nilai rampasan RM18,000.000 termasuk kenderaan.

Kes disiasat di bawah Sekyen 395/397 yang memperuntukkan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua puluh tahun dan boleh di kenakan sebat dan di bawah Seksyen 392/397 yang memperuntukkan penjara selama tempoh yang boleh sampai empat belas tahun dan boleh di kenakan denda atau sebat.

Bagi kesalahan pengambilan dadah kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM5,000.00 atau penjara tidak lebih dua tahun.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan