Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis Masih Siasat Mangsa Culik Wanita Warga Filipina – Hamza

pic-77

KOTA KINABALU, 3 Jun (Bernama) — Polis Malaysia masih menahan wanita warganegara Filipina yang diselamatkan daripada kumpulan penculik di Pulau Jolo, Selatan Filipina pada Jumaat lepas, bagi membantu sisatan kes culik dua wanita asing dari Singamata Adventures Reef and Resort di Semporna pada 2 April lepas.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata Marcy Dayawan atau Mimi,39, masih ditahan di Bukit Aman juga ditahan untuk membantu siasatan mengenai perkara berkaitan Akta Pecegahan Jenayah (POCA), yang diwartakan April lepas.

“Selepas siasatan selesai, kita akan serahkan wanita ini kepada Kedutaan Filipina untuk dihantar pulang ke negara asal,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Tolak Rasuah Polis DiRaja Malaysia (PDRM) peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini, Selasa.

Marcy dan seorang wanita warga China, Gao Hua Yuan, 28, diculik dari resort itu kira-kira 10.30 malam pada 2 April lepas oleh sekumpulan lelaki bersenjata sebelum kedua-duanya berjaya diselamatkan hasil kerjasama pasukan keselamatan Malaysia dan Filipina.

Mengenai perkembangan kes lelaki warga China, Yang Zai Lin, 34, pengurus pusat ternakan ikan dalam sangkar yang diculik dari Pulau Baik, Lahad Datu pada 6 Mei lepas, Hamza berkata Polis Sabah dan Bukit Aman sedang berusaha menyelamatkannya.

“Polis Malaysia sudah mengenal pasti kumpulan penculik yang melakukan kegiatan itu dan yakin kumpulan yang melakukan penculikan di Singamata, Semporna ada kaitan dengan kumpulan penculik di Pulau Baik, Lahad Datu,” katanya.

Mengenai kes tembak anggota tentera di Lahad Datu sehingga menyebabkan seorang anggota tentera lain terbunuh pada 28 Mei lepas, Hamza menganggap kes itu selesai berikutan penahanan 15 anggota tentera sehingga pagi tadi.

Komen


Berita Berkaitan