Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Polis Buru Banduan Perogol

2:32pm 16/06/2016 Pak Roshan 645 views Jenayah,Mutakhir

15jenayah.transformed

KOTA KINABALU – Polis Sabah masih memburu seorang banduan yang melarikan diri ketika hendak dibawa ke Penjara Tawau bagi menjalani hukuman penjara 20 tahun dan 20 sebatan atas kesalahan merogol gadis bawah umur.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun berkata usaha mengesan suspek giat dijalankan diketuai Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus.

“Kami rasa dia (suspek) masih ada di Tawau. Saya mohon orang awam memberi kerjasama (memaklumkan) polis, jika ada maklumat (mengenai suspek),” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini hari ini.

Selasa lepas, suspek Faizal Iman, 36, berasal dari Kampung Aman Jaya, Semporna melarikan diri ketika hendak dimasukkan ke dalam trak di perkarangan bangunan Mahkamah Tawau selepas kesnya selesai dibicarakan di mahkamah itu.

Sementara itu, pada majlis berkenaan, SAC Awang Besar Dullah menerima tugas sebagai Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti bagi menggantikan Datuk Hamdan Majid yang bersara wajib.

Awang Besar sebelum ini bertugas di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) sebagai Ketua Staf Pasukan Siasatan Khas dan Teknikal. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan