Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,808

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Polis Marin Tahan Tiga Lelaki Langgar Arahan Perintah Berkurung Di Semporna

1:18pm 20/11/2015 Pak Roshan 143 views Mutakhir,Tawau,Tempatan

marin12

SEMPORNA : Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna menahan tiga lelaki kerana melanggar arahan perintah berkurung di perairan Pulau Gaya dekat sini, Khamis.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, ACP Mohamad Madun berkata kesemua mereka yang berumur antara 22 dan 38 tahun itu, ditahan dalam Op Taring di kawasan perairan berkenaan kira-kira pukul 3.30 pagi Khamis.

“Ketika operasi itu pasukan peronda terserempak dengan sebuah bot di kawasan berkenaan dan apabila diperiksa terdapat tiga lelaki menaiki bot itu gagal mengemukakan dokumen permit pengecualian perintah berkurung.

Kesemua mereka kemudiannya ditahan kerana melanggar arahan perintah berkurung dan akan disiasat mengikut Seksyen 31 (2) Akta Polis 1967,” katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Beliau berkata, selain itu pihaknya turut merampas satu unit enjin bot pam dan 13 tong minyak kosong.

Mohamad berkata kesemua yang ditahan kemudiannya dibawa ke pangkalan PPM Semporna untuk tindakan lanjut.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan