Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

POLIS MARIN SEMPORNA GAGALKAN CUBAAN BAWA KAYU BERGERGAJI TANPA PERMIT

Kayu yang dirampas  bergergaji pelbagai saiz dipercayai dicuri dari hutan simpan di daerah ini dalam Op Tugas Khas. - foto ihsan APMM
Kayu yang dirampas bergergaji pelbagai saiz dipercayai dicuri dari hutan simpan di daerah ini dalam Op Tugas Khas. – foto ihsan APMM
SEMPORNA, 10 Feb (Bernama) — Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna menggagalkan empat cubaan membawa kayu bergergaji tanpa permit dalam operasi di
perairan daerah ini, semalam.
Komander PPM Wilayah Empat Sabah ACP Mohammad Madun berkata, PPM Semporna merampas 73 batang kayu bergergaji pelbagai saiz bernilai RM2,220 dalam operasi berkenaan.
“Kejayaan ini dicapai semasa pasukan kita menjalankan Op Khas menggunakan bot samaran dan bot tempur di perairan Tobo-Tobo, Semporna,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mohammad berkata, rampasan pertama dibuat ke atas sebuah bot pam kira-kira 8 malam dan tiga lelaki tempatan berumur 29 hingga 58 tahun turut ditahan.
Beliau berkata, rampasan kedua dan ketiga direkodkan pukul 9 dan 9.30 malam terhadap dua bot pam di perairan yang sama.
Dalam kes kedua itu, PPM menangkap tiga lelaki tempatan berumur antara 14 dan 52 tahun dan seorang lagi suspek lelaki berumur 58 tahun dalam kes ketiga,
katanya.
“Dalam tangkapan keempat kira-kira pukul 10 malam pasukan peronda menahan sebuah bot pam yang dinaiki tiga lelaki tempatan berumur 27 hingga 52 tahun dan merampas 27 batang kayu bergergaji,” katanya.
Turut dirampas, empat bot dan empat unit enjin bot pam yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM14,650, kata Mohammad. — BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan