Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis Marin Sarawak Rampas Pelbagai Barangan Bernilai RM11.5j

Pasukan-Polis-Marin

KUCHING – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima Sarawak melakukan 111 tangkapan atas pelbagai kesalahan membabitkan nilai rampasan RM11.5 juta dari Januari hingga semalam.

Komander Polis Marin Wilayah Lima Sarawak, Asisten Komisioner N Kalai Chelvan, berkata jumlah tangkapan itu meningkat berbanding 58 tangkapan bagi tempoh sama tahun lepas.

Beliau berkata, kesalahan mengikut Akta Perhutanan mencatatkan nilai rampasan berjumlah RM5,473,425; Kanun Tanah Negeri (RM3,227,000); Akta Kawalan Bekalan (RM2,689,540); dan Akta Kastam (RM176,589).

Beliau ditemui pemberita selepas perhimpunan bulanan dan sesi pemakaian pangkat kepada 14 anggota daripada Sarjan kepada Sarjan Mejar, di Markas PPM Wilayah Lima hari ini.

Sementara itu, Kalai Chelvan berkata, beliau sudah mengarahkan dua buah bot PPM Wilayah Lima dari Bintulu dan Miri dengan kekuatan 20 anggota untuk melakukan pemantauan 24 jam pergerakan nelayan asing di perairan Miri.

“PPM Wilayah Lima sudah melakukan pemantauan sejak hari pertama kegiatan nelayan asing itu didedahkan. Untuk makluman pada hari pertama pemantauan kami sudah merampas sebuah bot nelayan dipercayai milik nelayan asing.

“Kami akan terus bekerjasama dengan semua agensi terbabit seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia bagi membanteras kegiatan nelayan asing tersebut,” kata Kalai Chelvan.

Nelayan asing itu dipercayai dari Suluk, Filipina yang tinggal di penempatan setinggan Kampung Batu Satu dan Pujut Lima, di Miri didakwa mengambil kesempatan menangkap ikan serta hasil laut lain terutama pada musim bubuk (udang geragau) sehingga menjejaskan nelayan tempatan. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan