Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis Marin Sandakan Rampas 746 Pek Rokok Seludup

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

SANDAKAN : Polis Marin merampas 746 pek rokok seludup yang cuba dibawa masuk ke daerah ini selepas menahan sebuah bot laju di perairan Tanjung Pasir dekat sini, awal khamis.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah ACP Mazlan Madun berkata nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM34,856.

Katanya bot laju itu dikesan pada pukul 1.30 pagi dan dipecut laju ketika anggota polis marin cuba menghampiri.

Juragan bot itu melarikan diri apabila bot berkenaan hampir karam akibat terlanggar objek keras di pantai Tanjung Pasir, katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya kes disiasat dibawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan