Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,659

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Polis Marin Sandakan Rampas 108,000 Liter Minyak Petrol Bersubsidi

7:38pm 18/02/2016 Pak Roshan 43 views Jenayah,Mutakhir
gambar hiasan

gambar hiasan

SANDAKAN : Pasukan polis marin (PPM) menahan lapan lelaki dan merampas 108,000 liter minyak petrol bersubsidi dalam operasi di perairan Laut Lupak Meluas dekat sini pada 10 Februari lepas.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Zabidi Modd Zain berkata rampasan dilakukan selepas polis marin mengesan sebuah kapal yang dalam keadaan mencurigakan di perairan berkenaan, hasil maklumat risikan dan pemantauan yang dilakukan kira-kira pukul 3.15 petang.

Katanya di dalam kapal itu, anggota polis marin menemui 540 tong drum mengandungi minyak petrol berjumlah 108,000 liter yang dianggarkan bernilai RM189,000.

“Seorang juragan warga negara Filipina bersama tujuh anak kapal turut ditahan selepas gagal menunjukkan sebarang dokumen membeli, memunggah dan menyimpan minyak tersebut,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurutnya minyak tersebut dipercayai hendak dihantar ke selatan Filipina.

Dalam kes berasingan, Zabidi berkata PPM turut merampas 4,000 liter minyak semasa pemeriksaan terhadap sebuah kapal kumpit di perairan Pulau Berhala dekat sini pada 31 Januari lepas.

Katanya sebanyak 12 tong gas memasak, 88 tong drum kosong dan 28 gelen kosong turut dirampas dari kapal yang sama.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan