Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis Marin Sabah Rampas Pelbagai Barangan Cuba Diseludup

apm

TAWAU – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Empat berjaya mematahkan cubaan menyeludup pelbagai barangan kawalan dan bersubsidi bernilai kira-kira RM17,675 menerusi ‘Op Paradise’ pada Jumaat dan Sabtu lepas.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Madun dalam satu kenyataan di sini, hari ini berkata antara barangan yang dirampas ialah gula pasir, minyak masak dan minuman keras.

Beliau berkata, barangan tersebut dirampas daripada dua feri yang diperiksa di kawasan pelabuhan Tawau selepas didapati tidak mempunyai dokumen sah dan tiada pihak mengaku sebagai pemilik barangan berkenaan.

“Kesemua barangan tersebut telah dibawa ke pangkalan PPM Tawau untuk tindakan lanjut,” katanya. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan