Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,504

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

POLIS MARIN RAMPAS ROKOK SELUDUP

11:18am 23/05/2014 Pak Roshan 53 views Tawau,Tempatan

pic-23
TAWAU: Sejumlah 930 karton rokok bernilai RM172, 015 dirampas oleh Pasukan Polis Marin PPM Tawau di perairan Sungai Melayu awal pagi Khamis dalam operasi yang dinamakan Ops Paradise.

Timbalan Komander PPM Wilayah 4 Sabah Superitenden Rosman Ismail berkata rokok tersebut dipercayai cuba diseludup masuk ke daerah ini melibatkan 190 karton rokok pelbagai jenama.

Rokok tersebut dicampak keluar daripada bot suspek dalam insiden kejar megejar selama lebih kurang 15 minit diantara PPM dan suspek.

Rosman berkata tiada tangkapan dibuat kerana bot tersebut terus memecut memasuki perairan Indonesia setelah mencampak keluar rokok tersebut.

Katanya kes berkenaan akan dirujuk kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia Tawau untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 135 (1)(e) Akta Kastam 1967.

Dalam pada itu Rosman berkata pihak PPM akan terus komited dalam usaha mencegah dan membanteras aktiviti yang menyalahi undang-undang khususnya di perairan daerah ini.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan