Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis Marin Rampas Petrol Bernilai RM18,450

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

SEMPORNA – Pasukan Polis Marin (PPM) merampas 5,500 liter petrol bernilai RM18,450 yang cuba diseludup keluar dari Sabah melalui perairan Semporna malam tadi.

Komander PPM Wilayah Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Madun berkata, petrol berkenaan dirampas ketika ia sedang dipunggah dari sebuah lori yang diubah suai di kawasan tanah lapang di Kampung Ice Box, kira-kira pukul 9 malam.

“Sepasukan lima anggota yang sedang melakukan rondaan tugas khas telah menyerbu sebuah jeti berhampiran kawasan tanah lapang di kampung itu selepas mendapat maklumat awam,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, hasil serbuan pasukan itu mendapati aktiviti pemunggahan minyak sedang dijalankan dari tangki yang berada di atas lori ke dalam jerikin dan tong dram serta tangki minyak di dalam sebuah bot.

Katanya, selain petrol barangan yang dirampas ialah sebuah lori Isuzu, dua tangki minyak pelbagai saiz, sebuah bot dan enjinnya, jerikin minyak, set pam minyak, generator, segulung hos PVC, tiga gulung hos getah dan pam air. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan