Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Polis Marin Rampas 78,000 Bungkus Rokok Bernilai Lebih RM30,000 Di Tawau

3:23pm 25/07/2016 Pak Roshan 331 views Jenayah,Mutakhir
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

TAWAU : Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau merampas 78,000 bungkus rokok bernilai RM30,960 dalam operasi di perairan Batu 3 Jalan Apas, di sini malam tadi.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, ACP Mohamad Madun berkata kesemua rokok berkenaan dibuang daripada sebuah bot laju yang dikejar pasukan peronda PPM semasa menjalankan Op Paradise di perairan berkenaan kira-kira pukul 9.15 malam.

“Semasa operasi itu pasukan peronda terserempak dengan sebuah bot laju yang mencurigakan yang dipercayai datang dari negara jiran. Apabila menyedari kehadiran anggota PPM, bot laju berkenaan memecut laju melarikan diri.

Ketika mengejar bot berkenaan, pasukan peronda melihat individu yang berada di atas bot berkenaan bertindak membuang beberapa kotak ke dalam laut, sebelum berjaya melarikan diri ke perairan Sungai Nyamuk, Indonesia,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, apabila diperiksa pihaknya mendapati kotak-kotak berkenaan mengandungi rokok keretek Gudang Garam Suria sebanyak 6,600 bungkus dan rokok jenama LA sebanyak 1,600 bungkus.

Mohamad berkata kesemua rokok berkenaan dibawa ke pangkalan PPM Tawau untuk tindakan lanjut dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 135 (1)(e) Akta Kastam 1967 kerana cuba membawa masuk barangan tanpa cukai.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan