Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis Marin rampas 580 liter petrol cuba diseludup ke luar

Bot yang membawa minyak petrol dipercayai cuba diseludup ke luar ke negara jiran. - foto ihsan PPM
Bot yang membawa minyak petrol dipercayai cuba diseludup ke luar ke negara jiran. – foto ihsan PPM

SEMPORNA – Polis Marin di sini berjaya merampas sebanyak 580 liter minyak petrol bernilai RM1,798 dipercayai cuba diseludup ke negara jiran dalam operasi yang dijalankan di kawasan laut Nusa Kuya, di sini semalam.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Madun berkata, rampasan di bawah Akta Kastam 1967 itu melibatkan tiga kes berasingan di lokasi sama sekitar pukul 12 sehingga 12.30 tengahari.

“Sepasukan 10 anggota telah melakukan tugas khas menggunakan bot PGR dan bot samaran telah terserempak tiga buah bot di kawasan berkenaan. Hasil pemeriksaan terhadap ketiga-tiga bot berkenaan, pasukan PPM telah menjumpai kesemua minyak petrol berkenaan yang diisi di dalam jerikin.

“Bot pertama didapati membawa enam jerikin berisi 30 liter minyak petrol setiap satu,  bot kedua pula membawa tiga jerikin berisi 30 liter minyak petrol setiap satu dan empat lagi jerikin kecil memuatkan 10 liter minyak petrol setiap satu.

“Bot ketiga pula membawa sembilan jerikin berisi 30 liter minyak petrol setiap satu. Empat lelaki yang tiga daripadanya juragan kepada bot yang diperiksa berumur 25 hingga 57 tahun turut ditahan untuk siasatan,” katanya sambil menambah ketiga-tiga bot bersama enjin bot dalam kes berkenaan juga telah disita dengan nilai keseluruhan rampasan dianggar berjumlah RM11,648. – oleh Masani Sandan / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan