Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis marin rampas 46 kayu bakau

Anggota PPM Sandakan membawa kayu bakau yang dipotong tanpa kebenaran.
Anggota PPM Sandakan membawa kayu bakau yang dipotong tanpa kebenaran.

SANDAKAN-Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 berjaya merampas 46 batang kayu bakau yang dipercayai dipotong tanpa kebenaran menerusi Op Pensura di perairan Batu 3 di sini pada Rabu.

Komander PPM Wilayah 4, ACP Mohamad Bin Madun berkata, kejadian berlaku lebih kurang jam 11.35 pagi apabila bot ronda PSC 14 telah terserempak dengan beberapa orang lelaki yang sedang menjalankan aktiviti memotong kayu bakau di hutan berhanpiran sungai kampung itu.

Katanya, kesemua lelaki itu melarikan diri setelah dihampiri dan gagal dikesan. Kesemua kayu bakau dan dua buah bot yang dianggarkan bernilai RM10,000 telah dibawa ke Pangkalan Markas Operasi PPM Sandakan dan diserahkan kepada Jabatan Perhutanan Sandakan untuk tindakan lanjut.

Kes itu akan disiasat di bawah Enakmen Perhutanan Negeri Sabah kerana mengambil atau memotong kayu tanpa kebenaran.- AA/ SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan