Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis Marin Malaysia, Thailand Tingkat Kerjasama Kekang Jenayah

Pasukan-Polis-Marin

LANGKAWI – Polis Marin Malaysia akan terus mempergiatkan kerjasamanya dengan Polis Marin Thailand bagi memastikan kedua-dua belah pihak memperoleh maklumat taktik terbaharu perlakuan jenayah di kawasan perairan jagaan masing-masing.

Timbalan Pengarah Gerakan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman DCP Datuk Ab Razak Ab Ghani berkata kerjasama ini dapat dipereratkan lagi melalui pertemuan lebih kerap di antara kedua-dua pihak.

“Kita tahu penjenayah akan cuba menggunakan taktik baharu untuk menyusup masuk ke dalam perairan kita dan kita perlu bertukar-tukar maklumat untuk mengatasi cabaran ini,” katanya selepas melakukan lawatan kerja ke Divisyen Polis Marin Satun, Thailand semalam.

Menurutnya, penyeludupan dadah, senjata dan pemerdagangan manusia adalah antara aktiviti jenayah di laut yang sentiasa diberi perhatian kedua-dua pihak dan menerusi kerjasama yang dilaksanakan setakat ini, aktiviti berkenaan berjaya dikurangkan.

“Setiap bulan, kita akan mengadakan operasi bersama untuk memastikan masing-masing sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang ancaman yang menunggu untuk memasuki (perairan) negara,” katanya.

Semasa lawatan itu, Ab Razak yang diiringi Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Bukit Aman SAC Abdul Rahim Abdullah dan beberapa pegawai kanan polis telah disambut oleh Ketua Inspektor Divisyen Polis Marin Satun, Lt Kol Polis Santipong Pansawat.

Beliau turut mendengar taklimat berhubung pencapaian divisyen polis berkenaan yang telah disampaikan oleh sub-inspektornya, Lt Polis Tatpong Tepchai.

Satun, merupakan sebuah wilayah di bahagian selatan Thailand yang terletak kira-kira 40 kilometer ke timur laut Langkawi. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan