Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis Marin Keluar 18 Saman Pelbagai Kesalahan Di Semporna

marin

SEMPORNA : Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna mengeluarkan 18 saman pelbagai kesalahan terhadap bot yang beroperasi di perairan daerah ini, dalam satu operasi bersepadu di sini, Jumaat.

Komander PPM Wilayah Empat, ACP Mohamad Madun berkata dalam operasi selama lapan jam bermula 8 pagi di perairan pelabuhan Semporna itu, sebanyak 41 buah bot tempatan telah diperiksa.

“Kesemua bot tersebut disaman kerana melanggar Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) dan kes itu disiasat di bawah Enakmen Pelabuhan dan Dermaga 2002,” katanya dalam satu kenyataan Sabtu.

Katanya, dalam operasi yang turut disertai Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Semporna serta Jabatan Imigresen itu, pihaknya juga menahan tiga lelaki di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Kesemua yang ditahan telah diserahkan ke Balai Polis Semporna untuk tindakan lanjut, katanya.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan