Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis Marin Keluar 17 Saman Pelbagai Kesalahan Bot Di Semporna

apmm

SEMPORNA – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Empat mengeluarkan 17 saman pelbagai kesalahan terhadap bot yang beroperasi di perairan daerah ini, dalam Operasi Selamat Laut di sini, semalam.

Komander PPM Wilayah Empat, ACP Mohamad Madun berkata dalam operasi selama empat jam bermula 7 pagi di perairan pelabuhan Semporna itu, sebanyak 44 buah bot tempatan telah diperiksa.

“Kesemua bot tersebut disaman kerana melanggar Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) dan kes itu disiasat di bawah Enakmen Pelabuhan dan Dermaga 2002,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya Operasi Selamat Laut itu memberi tumpuan kepada semua jenis pengangkutan laut termasuk aktiviti nelayan dan pelancongan bagi tujuan keselamatan penumpang atau menguatkuasakan MSO.

Mohamad berkata, dalam operasi itu pihaknya turut menahan enam lelaki dan lima wanita di bawah Akta Imigresen 1959/63/.

Kesemua yang ditahan telah diserahkan ke Balai Polis Semporna untuk tindakan lanjut, katanya. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan