Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Polis Marin Gagalkan Cubaan Seludup Masuk Pelbagai Barangan Ke Tawau

6:59pm 24/02/2016 Pak Roshan 159 views Jenayah,Mutakhir
gambar hiasan

gambar hiasan

TAWAU – Pasukan Polis Marin (PPM) menggagalkan cubaan menyeludup masuk 27 jenis barangan termasuk ubat-ubatan dan kosmetik dari negara jiran yang bernilai RM57,648 untuk dipasarkan di daerah ini, semalam.

Komander PPM Wilayah Sabah ACP Mohamad Madun berkata dalam kejadian kira-kira pukul 8.45 malam itu, sepasukan anggota PPM yang sedang melakukan tugasan rondaan Op Sandai menahan sebuah bot laju di muara Sungai Haji Kuning berdekatan sempadan Pulau Sebatik.

“Sebuah bot laju dari negara jiran melewati pasukan yang sedang bertugas. Pasukan bertugas kemudiannya menahan dan melakukan pemeriksaan ke atas bot yang dikemudi oleh seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun.

Ketika pemeriksaan dibuat, anggota PPM menemui barang-barang berkenaan dan lelaki tersebut mengaku membawa barang terbabit dari Sungai Nyamuk, tidak jauh dari lokasi dia ditahan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohamad berkata kes itu akan di siasat di bawah Akta Kastam Seksyen 135 (1) (e) 1967 kerana cuba menyeludup barangan bercukai. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan