Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis Marin Gagalkan Cubaan Seludup Keluar 19 Tong Gas LPG

gambar hiasan
gambar hiasan

TAWAU : Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menggagalkan cubaan membawa keluar 19 tong gas asli cecair (LPG) dalam satu operasi di Sungai Haji Kuning dekat sempadan negara, pagi tadi.

Komander PPM Wilayah Sabah ACP Mohamad Madun berkata anggota PPM yang melakukan ‘Op Paradise’ di kawasan berkenaan, menahan sebuah bot jongkong mencurigakan di kawasan berkenaan kira-kira 11 pagi.

“Hasil pemeriksaan mendapati 19 tong gas LPG yang disyaki cuba diseludup ke negara jiran,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohamad berkata seorang juragan tempatan berumur 22 tahun gagal menunjukkan surat kebenaran membawa tong gas berkenaan.

Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 7(4) Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana membawa barang kawalan tanpa permit.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan