Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis Malaysia tingkat usaha kesan penculik dan mangsa

LAHAD DATU – Polis Malaysia menggerakkan anggota dan aset keselamatan untuk mengesan keberadaan mangsa culik dan suspek pada ketika ini.

Pemangku Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata keanggotaan pasukan keselamatan di sekitar kawasan culik turut dipertingkatkan.

“Sehingga kini penculik belum ada membuat panggilan kepada majikan atau keluarga mangsa untuk wang tebusan,

“Kita masih meneruskan usaha mengesan dan menjejaki mangsa serta suspek dalam kes ini dengan gerakkan sumber dalam polis serta pasukan keselamatan lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Lahad Datu baharu di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Omar menasihati nelayan di sekitar Zon Selamat Khas Pantai Timur Sabah (ESSZone) supaya berjaga-jaga dengan kehadiran bot asing yang tidak dikenali.

“Maklumkan kepada pasukan keselamatan yang ada atau di balai polis berhampiran agar pihak keselamatan boleh mengambil  tindakan pantas,” katanya lagi.

Pada majlis itu ACP Nasri Mansor, 41, anak jati Kunak dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Lahad Datu menggantikan SAC Hamzah Ahmah yang dilantik sebagai Komander Pasukan Simpanan Persekutuan, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) di Bukit Aman.

Nasri dalam ucapannya berkata komited memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat serta memohon sokongan kerjasama daripada warga polis di Lahad Datu.

Nasri sebelum ini berkhidmat sebagai Pegawai Turus (D9) Siasatan Khas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di Selangor.

–BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan