Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

POLIS LABUAN TANGKAP PENGEDAR, PENAGIH DADAH

syabu1

LABUAN, 15 Jan : Polis Unit Antinarkotik Labuan menangkap seorang suspek pengedar dan dua suspek penagih dadah dalam serbuan di dua kampung di sini hari ini.

Ketiga-tiga suspek berumur antara 26 dan 37 tahun itu ditangkap di Kampung Gersik Lama dan Kampung Saguking hasil maklumat orang ramai.

Suspek pengedar dadah berumur 37 tahun itu ditangkap pada kira-kira pukul 4 pagi di rumahnya di Kampung Gersik.

Polis merampas daripadanya syabu seberat 12.26 gram dengan nilai jalanan RM3,300.

Ketua polis Labuan Supt Adzhar Othman berkata suspek kini direman mengikut  Seksyen 39 (A) 1 Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dua suspek penagih dadah itu pula, seorang daripadanya wanita, ditangkap pada kira-kira pukul 3 pagi mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya.

Beliau berkata kesemua suspek ditangkap di rumah tidak bernombor di dua kampung itu.– BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan