Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,657

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Polis Labuan Tahan Lelaki Miliki Lebih 350 Gram Syabu

11:57am 19/02/2016 Pak Roshan 360 views Mutakhir,Tempatan,WP. Labuan
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

LABUAN – Seorang lelaki berumur 35 tahun bakal berdepan hukuman mati kerana disyaki terbabit mengedar 353.27 gm syabu bernilai RM38,500.

Lelaki itu yang merupakan penduduk setempat ditahan polis di rumahnya di Rancha-Rancha selepas menerima maklumat daripada orang awam pada kira-kira 11.30 malam, 16 Feb.

“Berlaku pergelutan antara anggota bahagian pencegahan narkotik kami dengan suspek yang telah mengalami kecederaan. Dia ditahan bersama-sama satu bungkusan mengandungi tujuh paket plastik mengandungi dadah itu,” kata Ketua Polis Labuan Supt Adzhar Othman kepada pemberita hari ini.

Katanya lelaki itu yang juga didapati positif dadah methamphetamine dan amphetamine sedang ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah, yang membolehkan suspek ditahan lebih 24 jam untuk membolehkan polis melengkapkan siasatan.

Mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya, sesiapa yang didapati memiliki dadah seberat 50 gram berdepan hukuman mati mandatori jika disabitkan dengan kesalahan itu, katanya. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan