Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis Labuan Musnahkan Mesin Judi Bernilai Lebih RM300,000

gambar hiasan
gambar hiasan

LABUAN : Polis Labuan musnahkan 22 mesin judi dan 394 komputer bernilai RM359,200 yang digunakan untuk aktiviti perjudian tanpa lesen, di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Labuan di sini pada Selasa.

Ketua Polis Labuan Supt Adzhar Othman berkata mesin judi dan komputer yang diubahsuai itu dirampas antara 2007 dan 2014.

“Dalam tempoh itu, kami membuat 57 penangkapan mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1952, membabitkan 34 lelaki dan 21 wanita berumur antara 15 dan 57 tahun.

Turut ditahan ialah 157 orang pelanggan,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata polis telah selesai menyiapkan 35 kertas siasatan dan enam daripada kes telah didakwa dan disabit di mahkamah.

“Kami akan terus memantau aktiviti itu,” kata beliau.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan