Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Polis Labuan Laksana Operasi Hapus ‘Kereta Sapu’

8:11pm 13/04/2016 Pak Roshan 265 views Mutakhir,Tempatan,WP. Labuan
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

LABUAN : Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Labuan hari ini melancarkan operasi menghapus pengusaha teksi haram atau “kereta sapu” yang beroperasi di Jalan Bunga Raya di sini.

Ketua Polis Labuan Supt. Adzhar Othman berkata sembilan kenderaan bernilai lebih RM200, 000 dirampas.

Kereta sapu itu terdiri daripada pelbagai jenis kereta, van dan kenderaan serba guna (MPVs) digunakan untuk mengangkut penumpang yang kebanyakannya tinggal di kawasan kediaman Pesuruhajaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Kiansam dan Kg Muslim.

Bercakap kepada pemberita, Adzhar berkata semua kenderaan yang tidak mempunyai lesen teksi itu ditahan untuk pemeriksaan lanjut di bawah Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kesalahan di bawah Seksyen 33D Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Komersial 1987 boleh dikenakan denda hingga RM10,000 atau penjara tidak lebih setahun.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan