Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,501

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Polis Labuan keluar 257 saman banteras Ops Samseng Jalanan

9:36am 22/03/2017 Pak Roshan 1375 views Mutakhir,Tempatan,WP. Labuan

DITAHAN… sebahagian motorsikal yang ditahan dalam Ops Samseng Jalanan di Labuan, pada malam Ahad.

LABUAN: Polis di sini mengeluarkan 257 saman atas pelbagai kesalahan dalam Ops Samseng Jalanan Trafik yang diadakan di empat lokasi berasingan di sekitar Labuan, pada malam Ahad.

Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutuan Labuan, Superitendan Adzhar Othman berkata, antara jalan yang terlibat ialah Jalan Pohon Batu/Lajau, Jalam Bukit Kalam dan Jalan tanjung Aru serta Jalan Tanjung Purun.

Katanya, operasi yang dijalankan serentak itu melibatkan pemeriksaan 40 buah motorsikal, lima buah kereta dan sebuah motorsikal yang diperiksa turut di sita.

“Operasi yang bermula jam 12 tengah malam hingga 3.40 pagi itu, turut memeriksa 50 orang yang melibatkan penunggang, pembonceng dan pemandu,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, kelmarin.

Katanya, antara kesalahan yang dikesan termasuklah tiada mempunyai lesen memandu, tiada cermin sisi, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, cukai jalan tamat tempoh dan pengubahsuaian exhaust motorsikal.

Menurut Adzhar, operasi seumpama itu akan diteruskan dari masa ke semasa dengan memberikan tumpuan di lokasi yang dikenalpasti menjadi port/lokasi mat rempit berkumpul dan berlumba.

“Operasi ini akan dijalankan berterusan sebagai usaha membanteras kegiatan samseng jalanan di pulau ini,” katanya. – NewSabahTimes

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan