Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

POLIS LABUAN FOKUS ‘COMMUNITY POLICING’ TURUNKAN KADAR JENAYAH

polis1-600x367

LABUAN, 5 Mac : Polis Labuan akan memperluas program ‘community policing’ di semua kampung dan sekolah di pulau itu tahun ini, susulan penurunan kadar indeks jenayah melebihi 10 peratus tahun lepas di kawasan yang tinggi kadar jenayahnya.

Ketua Polis Labuan Supt Adzhar Othman berkata ini disebabkan penurunan 10.14 peratus dalam keseluruhan indeks jenayah di pulau bebas cukai itu antara Januari dan November tahun lepas berbanding 2013 untuk community policing di kawasan perumahan dan kampung dengan kadar jenayah yang tinggi.

“Penurunan itu adalah hasil program community policing yang membolehkan pihak polis dan masyarakat menjalin kerjasama memerangi jenayah secara holistik dan agresif,” katanya kepada Bernama.

Adzhar berkata program itu akan diteruskan dengan kerjasama ketua kampung untuk membantu mewujudkan rakan kongsi yang lebih efektif dengan masyarakat untuk mengenal pasti dan memerangi jenayah.

“Community policing memberi tumpuan terhadap jenayah dan gangguan sosial menerusi sistem penyampaian perkhidmatan polis yang merangkumi aspek penguatkuasaan undang-undang tradisional serta pencegahan, penyelesaian masalah, penglibatan masyarakat dan perkongsian,” katanya.

Adzhar berkata 186 kes jenayah dilapor antara Januari dan November tahun lepas, menurun daripada 207 kes dalam tempoh 11 bulan pertama pada 2013. Daripada 186 kes itu, 167 adalah kes jenayah harta benda dan 19 jenayah kekerasan.

Beliau juga berkata 82 daripada kes yang dilaporkan tahun lepas telah diselesaikan, melebihi lima daripada 77 kes yang diselesaikan pada 2013.

“Saya memberi tumpuan lebih terhadap pelajar sekolah rendah dan menengah kerana mereka memerlukan bimbingan untuk memastikan mereka tidak terjebak dalam jenayah antaranya berkaitan dadah, kegiatan samseng dan buli.

“Tahun ini kami akan tingkatkan polisi community policing atau pembabitan pelajar dalam program ini,” katanya.

Adzhar menasihatkan ketua kampung untuk bekerjasama dengan mengkaji masalah berkaitan jenayah itu di kampung masing-masing.  — BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan