Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,649

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Polis Labuan Dapat Tiga Lagi Kereta Peronda

7:26pm 11/12/2015 Pak Roshan 104 views Mutakhir,Tempatan,WP. Labuan
gambar hiasan

gambar hiasan

LABUAN – Ibu pejabat polis kontinjen Labuan hari ini menerima tiga kereta peronda baharu untuk tugas mengiring dan mencegah jenayah.

Ketua Polis Labuan Supt Adzhar Othman berkata kereta berkenaan (Proton Inspira) adalah sebahagian daripada 400 unit yang diperuntukkan kepada kontinjen polis di seluruh negara.

“Kenderaan tambahan ini akan banyak membantu polis dalam mempercepatkan tempoh respons bagi sesuatu kes kecemasan,” katanya kepada Bernama selepas upacara penyerahan kunci kereta itu kepada Unit Kereta Peronda (MPV) Polis Labuan di sini hari ini.

Adzhar berkata objektif mendapatkan kereta peronda baharu itu adalah untuk meningkatkan keberkesanan dalam pencegahan jenayah dan memberi bantuan kepada orang ramai ketika kecemasan.

Beliau menggesa semua anggota MPV menggunakan sepenuhnya kenderaan itu untuk memelihara nama baik pasukan dengan memberi perkhidmatan pantas dan berkualiti. – BERNAMA

Umat Islam Dituntut Bersatu, Elak Cari Kesalahan Sesama Sendiri

KUALA LUMPUR – Umat Islam di seluruh negara diminta supaya tidak mencari kesalahan sesama mereka dan mencela antara satu sama lain, sebaliknya bersatu hati untuk menentang anasir yang cuba merosakkan agama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Jamil Khir Baharom ketika menyampaikan khutbah Jumaat hari ini, berkata perbuatan itu menjadi sebahagian daripada prasyarat bagi mendapatkan kemenangan di sisi Allah selain mendaulatkan agama Allah serta mempertahankan Islam sebagai agama rasmi negara.

“Firman Allah bermaksud janganlah kita berbantah-bantah, bergaduh dan berkelahi antara satu sama lain, maka kamu akan menjadi kelompok yang gundah-gulana dan gementar serta menghilangkan kehebatan umat Islam di bumi Malaysia ini,” katanya.

Lebih 5,000 jemaah, termasuk Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menunaikan solat Jumaat di Dewan Tun Abdul Razak 2, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang diimamkan oleh Imam 1 Masjid Ara Damansara Ustaz Mohd Shukri Ali.

Semua jemaah kemudian turut menunaikan solat sunat hajat selepas menunaikan solat fardu Jumaat bagi memohon pertolongan Allah dalam menghadapi cabaran yang dihadapi umat masa kini. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan