Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,645

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Polis Labuan Buru Lelaki Menyamar Sebagai Pegawai Bank Negara

7:00pm 05/02/2016 Pak Roshan 4075 views Jenayah,Mutakhir

polis

LABUAN : Polis Labuan sedang memburu seorang lelaki yang menyamar sebagai seorang pegawai Bank Negara dan menipu seorang lelaki berusia 48 tahun pada 2 Feb lepas.

Ketua Polis Labuan Supt Adzhar Othman berkata mangsa berada di rumah ketika menerima panggilan pada pukul 1 tengah hari dari seorang lelaki tidak dikenali yang menyamar sebagai wakil bank pusat dan mendakwa kredit kadnya telah digunakan orang lain.

“Lelaki itu kemudian diminta suspek untuk memasukkan wang berjumlah RM34,700 untuk menyelesaikan kes itu tetapi mangsa mengesyaki sesuatu yang tidak kena dan melaporkan kepada polis pada hari yang sama.

“Kami telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Beliau juga berkata pihaknya telah memulakan siasatan ke atas satu penipuan transaksi perniagaan dalam talian melibatkan seorang mangsa wanita berusia 58 tahun.

Mangsa mendakwa dia telah ditipu selepas kain yang dipesannya tidak sampai selepas membayar RM580 menerusi transaksi di bank.

“Wanita itu melakukan urusan itu menerusi transaksi dalam talian yang diketahuinya melalui Facebook,” katanya.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan