Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis Kunak Rampas Tiga Bakakuk, Sembilan Senapang Angin

KUNAK : Polis Kunak menemukan tiga bakakuk (senapang buatan sendiri) dan sembilan senapang angin yang dipercayai disembunyikan di bawah jambatan Jalan Tingkayu, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kunak Supt Mohd Nasaruddin M. Nasir berkata penemuan itu berdasarkan maklumat awam.

“Saya bersama seorang pegawai dan lima anggota ke lokasi dan memeriksa jambatan itu sebelum menemukan senjata yang disembunyikan di bawah jambatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata kesemua senjata terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kunak dan kes diserah kepada Bahagian Siasatan Jenayah.

Pada masa sama Nasaruddin mengingatkan pihak pengurusan ladang agar memaklumkan kepada polis sekiranya ada pekerja mereka yang disyaki memiliki senjata api.

“Pengurusan ladang digalakkan memantau pekerja-pekerja mereka yang berkemungkinan berkemahiran membuat senjata api serta menggunakannya untuk tujuan pemburuan haram dan aktiviti yang menyalahi undang-undang,” katanya.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan