Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis Kuching Rampas Dadah Bernilai RM357,450

KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching (IPD Kuching) berjaya merampas dadah jenis ganja, eramin 5 dan syabu bernilai RM357,450 dalam dua serbuan berasingan di sekitar bandaraya ini petang semalam dan awal pagi tadi. - Foto BERNAMA
KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching (IPD Kuching) berjaya merampas dadah jenis ganja, eramin 5 dan syabu bernilai RM357,450 dalam dua serbuan berasingan di sekitar bandaraya ini petang semalam dan awal pagi tadi. – Foto BERNAMA

KUCHING – Polis Kuching merampas ganja, pil Eramin 5 dan syabu bernilai RM357,450 dalam dua serbuan berasingan di sekitar bandaraya ini pada petang semalam dan tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad berkata, polis merampas 0.42 gram ganja, 15 biji pil Eramin 5, dan 0.15 gram syabu dalam serbuan pertama pada pukul 4 petang semalam di sebuah rumah di Taman BDC, Stampin di sini.

“Nilai keseluruhan rampasan dadah yang dibuat ialah RM107,450.00. Dalam serbuan itu juga polis telah menahan tiga lelaki tempatan berusia 21, 28 dan 36 tahun kerana disyaki terlibat dengan aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

“Ketiga-tiga mereka juga didapati positif dadah THC (Tetra Hydrocannibol) dan kini ditahan reman sehingga 2 Februari depan,” katanya di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Roslan berkata serbuan kedua dilakukan pukul 12.05 tengah malam di sebuah rumah di Taman Siol Ria di sini dan polis merampas satu kilogram ganja bernilai RM250,000.

“Polis juga telah menahan seorang lelaki dan seorang perempuan masing-masing berusia 29 tahun kerana disyaki terlibat dengan aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

Pasangan itu kini ditahan reman sehingga 5 Februari depan. Saringan awal mendapati lelaki terbabit positif dadah jenis THC (Tetra Hydrocannibol), manakala wanita berkenaan didapati negatif,” katanya.

Roslan berkata dua kes berkenaan akan disiasat mengikut empat seksyen iaitu Seksyen 39B, Seksyen 6, Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan