Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,690

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Polis Kota Marudu sahkan tahan pemimpin Bersih, Maria Chin

9:00pm 29/10/2016 Pak Roshan 861 views Mutakhir,Politik

maria

KOTA KINABALU: Polis Kota Marudu mengesahkan menahan Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah, kerana disyaki mengedarkan risalah kepada orang ramai di Pekan Langkon, kira-kira 131 kilometer dari sini.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Supt Mohd Izaan Abdullah, berkata Maria ditahan kira-kira 1.45 tengah hari tadi sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Marudu untuk soal siasat.

“Maria Chin ditangkap …kerana disyaki melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 11 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Bagaimanapun kata Mohd Izaan, Maria dibebaskan dengan ikat jamin polis kira-kira 4.15 petang tadi selepas siasatan ke atas beliau selesai. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan