Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis Kota Kinabalu terus komited atasi kesesakan jalan raya

pic-54

KOTA KINABALU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu terus komited dalam menangani isu-isu kesesakan jalan raya di bandaraya ini bagi memastikan keselesaan orang ramai.

Ketua Polis Kota Kinabalu Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata, pihaknya akan sentiasa melaksana pelbagai intipati yang bersesuaian dengan masyarakat berikutan kekerapan kesesakan lalu lintas ekoran kebanjiran kenderaan di bandaraya ini.

“Kita akan mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) berhubung masalah kesesakan lalu lintas di sekitar pusat bandar dan polis meminta kerjasama orang ramai untuk terus mematuhi undang-undang sedia ada selain berhemah ketika berada di jalan raya dari masa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis serah tugas Ketua Ketenteraman Awam dan Trafik IPD Kota Kinabalu di antara Asisten Superintenden Sylvester Sigoh dan penyandang sebelum ini, Deputi Superintenden Peter Umbuas.

Peter akan menyandang jawatan Ketua Polis Daerah Kapit Sarawak yang berkuatkuasa serta merta kelmarin selepas memegang jawatan KJKA di IPD Kota Kinabalu sejak tahun 2008.

Turut menyaksikan upacara serah tugas itu adalah Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superintendan M Chandra.

Komen


Berita Berkaitan