Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis Kota Kinabalu Tahan Suspek Kes Pecah Rumah Dan Samun

budak samun

KOTA KINABALU– Polis Kota Kinabalu memberkas seorang lelaki yang disyaki terlibat dengan beberapa kes pecah rumah dan samun di sekitar Kota Kinabalu pada hujung tahun lepas dan awal bulan ini.

Ketua Polis Kota Kinabalu ACP M Chandra berkata suspek yang berumur 31 tahun itu ditahan di sebuah stesen minyak, Jalan Tuaran kira-kira pukul 7.25 malam Selasa lepas.

“Suspek menggunakan sebilah parang dan akan bertindak agresif apabila melakukan pecah rumah dan samun,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu, Karamunsing di sini Jumaat.

Chandra berkata suspek yang juga positif dadah itu direman sehingga 24 Ogos ini bagi membantu siasatan.

Beliau berkata pihaknya turut merampas pelbagai barangan bernilai RM95,000 termasuk sebuah kenderaan pelbagai guna Nissan Grand Livina, sebilah parang, telefon bimbit, pahat dan gunting yang dipercayai digunakan untuk aktiviti jenayah.

Menurutnya, suspek yang merupakan penganggur dan beralamat di Telipok Ria di sini, pernah disabitkan kesalahan atas kes pecah rumah pada 2004 dan dikehendaki polis kerana terlibat dengan kes pecah rumah di Tawau, Serdang dan Kundang di Selangor.

“Di Selangor suspek dituduh sebanyak 12 pertuduhan pada tahun ini atas pelbagai kesalahan termasuk pecah rumah, rogol, cubaan pecah rumah, memiliki senjata berbahaya dan samun serta dibebaskan atas jaminan mahkhamah,” katanya.

Chandra berkata suspek yang berkunjung ke Sabah pada 14 Ogos lepas juga pernah melakukan jenayah pecah rumah di Taman Indah Permai dan samun di Taska Taman Likas pada tahun lepas.

Dalam perkembangan lain, polis melakukan tujuh serbuan di pusat perjudian siber di sekitar Kota Kinabalu dan merampas sebanyak 126 mesin judi bernilai RM252,000 serta menahan lapan penjaga premis termasuk seorang wanita berumur antara 17 hingga 34 tahun.

Komen


Berita Berkaitan