Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,809

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Polis Kota Kinabalu Tahan Lapan Suspek Jenayah Ragut

8:15pm 23/12/2015 Pak Roshan 480 views Jenayah,Mutakhir
gambar hiasan

gambar hiasan

KOTA KINABALU : Polis menahan lapan suspek termasuk dua wanita dipercayai terlibat dalam 17 kes ragut yang berlaku di sekitar bandar raya Kota Kinabalu sejak Julai tahun ini.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M Chandra berkata kumpulan dikenali sebagai “geng myvi” itu berjaya ditahan dalam operasi yang dijalankan di Kampung Cenderakasih, Luyang dan Kota Kinabalu bermula Ahad lepas hingga semalam.

“Suspek yang ditahan itu berumur antara 18 hingga 50 tahun. Polis turut merampas beberapa barangan termasuk kenderaan,” katanya dalam kenyataan di sini Rabu.

Antara barangan dirampas ialah dua buah kereta, barang kemas, jam tangan dan kamera yang dianggarkan bernilai RM110,000.00, kata Chandra.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak melalui kawasan yang sunyi dan berpotensi berlakunya jenayah ragut, katanya.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan