Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,643

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Polis Kota Kinabalu Tahan Dua Lelaki, Rampas Syabu

9:36pm 16/08/2016 Pak Roshan 441 views Jenayah,Mutakhir
gambar hiasan

gambar hiasan

KOTA KINABALU : Polis menahan dua lelaki dan merampas syabu seberat 70.70 gram bernilai RM8,000 dalam serbuan di kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Ahad lepas.

Timbalan Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, Supt Mohd Azhar Hamin berkata dua lelaki warga tempatan masing-masing berumur 24 dan 30 tahun itu dicekup kira-kira 7.15 malam ketika cuba melarikan diri daripada sebuah kenderaan jenis Isuzu Dmax di kawasan KKIA apabila menyedari kehadiran polis.

Beliau berkata semasa serbuan oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah dan Narkotik, Ibu Pejabat Polis Bandaraya Kota Kinabalu itu, kedua-dua suspek yang berada di bahagian pemandu dan penumpang hadapan kenderaan berkenaan telah bertindak agresif dan cuba melarikan diri namun berjaya diberkas.

“Pemeriksaan lanjut ke atas suspek yang ditahan di bahagian pemandu telah menjumpai satu beg plastik hitam di atas tempat duduk suspek yang mengandungi dua paket plastik lut sinar yang berisi hablur jernih disyaki dadah jenis syabu,” katanya dalam kenyataan di sini Selasa.

Katanya siasatan awal mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod kes jenayah dan narkotik lampau manakala ujian air kencing mendapati kedua-duanya positif dadah jenis Methamphetamine atau syabu.

Turut dirampas dalam serbuan berkenaan ialah sebuah kereta jenis Isuzu Dmax. Suspek kini ditahan reman sehingga 21 Ogos bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan