Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis Kota Kinabalu Tahan 44 PATI Dalam Op Bersepadu

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

KOTA KINABALU – Seramai 44 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina ditahan daripada 113 individu yang diperiksa polis di lima lokasi berasingan dalam Op Bersepadu di sini, semalam.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M Chandra berkata operasi itu dijalankan di sekitar Inanam, Sulaman dan Sepanggar selama sembilan jam berakhir 9 pagi ini.

“Polis turut menahan enam individu termasuk seorang wanita kerana kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam kenyataan di sini Ahad.

Chandra berkata kesemua mereka ditahan dan didokumentasi sebelum dihantar ke Lokap Berpusat Kontinjen Sabah di Kepayan untuk siasatan lanjut.

Operasi itu diketuai 11 pegawai dan 149 anggota daripada pelbagai agensi termasuk Jabatan Imigresen, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan Jabatan Pendaftaran Negara, katanya. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan