Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis Kota Kinabalu Tahan 25 Pemilik Kereta Sapu

kereta sapu
Gambar Hiasan

KOTA KINABALU : Seramai 25 pemilik kenderaan yang beroperasi mengambil penumpang tanpa permit ditahan dalam Op Kereta Sapu, di kawasan Jalan Tun Fuad, Khamis.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP M.Chandra berkata operasi yang bermula jam 10.30 pagi di kawasan pasar itu dilaksanakan hasil risikan seminggu lalu.

“Dalam risikan itu, kita telah dokumenkan lebih 30 kereta mengambil penumpang secara haram di lokasi tersebut,” katanya kepada pemberita di Balai Polis Trafik, di sini hari ini.

Chandra berkata pemilik kenderaan yang ditahan itu berumur antara 24 hingga 69 tahun dan mengenakan caj sebanyak RM4 bagi dewasa dan RM2 bagi kanak-kanak bagi perkhidmatan dari kawasan Telipok ke Telipok Ria.

Beliau berkata antara kenderaan yang ditahan itu ialah van, kenderaan pelbagai guna (MPV) dan motokar.

Katanya, pemilik kenderaan itu beroperasi seawal jam 7 pagi hingga 9 malam dan meletakkan kenderaan di kawasan awam sehingga menimbulkan ketidakselesaan orang ramai.

Menurutnya, terdapat sekurang-kurangnya 30 kawasan letak kereta awam digunakan oleh kereta sapu itu tanpa membayar kupon.

Kes disiasat mengikut Sekyen 51 Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) 1987 dan Seksyen 33 Akta LPKP.

Sementara itu, Chandra berkata polis juga sudah mengenalpasti beberapa lokasi operasi kenderaan sapu termasuk di hadapan Padang Bandaran dan di Likas.

Beliau berkata operasi secara terancang akan diteruskan sehingga aktiviti kereta sapu itu dapat dibanteras.

— BERNAMA

 

Komen


Berita Berkaitan