Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis Kota Kinabalu Pertimbang Cadangan Pindah Pondok Polis Ke Salut, Menggatal

pondk polis salut

KOTA KINABALU– Polis akan mempertimbangkan cadangan memindahkan pondok polis dari kawasan Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) ke Pusat Komersial Salut, Menggatal dekat sini, dalam masa terdekat.

Pemangku Ketua Polis Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata cadangan itu adalah hasil maklum balas yang diterima daripada penduduk setempat bagi mewujudkan sebuah pondok polis di kawasan itu.

“Kawasan KKIP ini berkembang menjadi pusat perindustrian dan hab pendidikan menyebabkan ramai para pelajar serta remaja berkumpul di sini, dan (keadaan) ini memerlukan sebuah balai di kawasan ini,” katanya kepada pemberita pada Hari Bertemu Pelanggan di Pusat Komersial Salut, dekat sini pada Khamis.

Chandra berkata KKIP telah menyediakan kawasan seluas enam hektar untuk membina sebuah balai polis di kawasan itu bagi tempoh jangka masa panjang.

Sementara itu, katanya, Op Selamat selama 15 hari berakhir 5 Ogos lepas menyaksikan 260 penghuni rumah yang mendaftarkan kediaman mereka untuk diawasi polis, berpuas hati kerana tidak berlaku sebarang kecurian sepanjang tempoh perayaan Aidilfitri ini.

Menurutnya, sebanyak 250 penghuninya telah kembali ke rumah masing-masing manakala selebihnya akan kembali pada hujung minggu ini.

Sempena Hari Bertemu Pelanggan ini, polis menerima 19 aduan daripada penduduk setempat iaitu melibatkan kes jenayah (tujuh kes), trafik (lima kes), komersial (satu kes) dan lain-lain (enam kes).

Komen


Berita Berkaitan