Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis Kota Kinabalu Keluarkan 129 Saman Trafik Malam Tadi

 

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

KOTA KINABALU – Polis mengeluarkan 129 saman bagi pelbagai kesalahan lalu lintas dalam operasi Op Samseng Jalanan, cegah jenayah dan mabuk di sekitar bandar raya ini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata operasi kira-kira tujuh jam bermula 11.30 malam itu khusus untuk membanteras aktiviti mat rempit dan lumba kereta haram.

“Polis turut menahan tiga lelaki berumur 22 hingga 42 tahun bersama motosikal masing-masing kerana melakukan aksi bahaya dan bersaing di jalan raya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Chandra sebanyak 10 buah motosikal dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu atas pelbagai kesalahan di bawah Seksyen 60, Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam operasi itu, katanya, 10 daripada 30 individu yang diuji di lokasi sekatan jalan raya dikesan positif alkohol dan dibawa ke IPD untuk siasatan. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan