Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,710

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Polis Kota Kinabalu Keluar 151 Saman Ops Samseng Jalanan

8:57pm 03/01/2016 Pak Roshan 237 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

saman1

KOTA KINABALU : Polis mengeluarkan 151 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas dalam Op Samseng Jalanan di lima kawasan di sini malam tadi.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata operasi selama enam jam bermula 12.01 tengah malam itu melibatkan Jalan Coastal, Imago, Jalan Kepayan, Jalan Sulaman dan Jalan Lintas.

Katanya, polis turut menahan dua individu lelaki berumur 19 dan 21 tahun atas kesalahan di bawah Seksyen 42 dan 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Operasi itu dijalankan oleh dua pegawai dan 11 anggota.

“Sebanyak 29 buah motosikal disita dan 36 orang diperiksa secara teliti termasuk dua wanita,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Chandra berkata walaupun aktiviti samseng jalanan terkawal, ia perlu pemantauan secara berterusan. — BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan