Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Polis Kota Kinabalu Keluar 150 Saman Dalam Op Ambang Tahun Baharu

6:01pm 01/01/2016 Pak Roshan 147 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
gambar hiasan

gambar hiasan

KOTA KINABALU : Polis mengeluarkan 150 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas dalam Op Ambang Tahun Baharu 2016 di sekitar bandar raya Kota Kinabalu, awal pagi Jumaat

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata dalam operasi bermula 4 petang semalam dan berakhir 5 pagi tadi, polis menyita 19 motosikal kerana penunggang tidak memiliki lesen.

Katanya seramai 11 pemandu dikenal pasti memandu di bawah pengaruh alkohol, sementara enam lelaki dewasa ditahan di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah 1983 setelah diperiksa Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang turut terlibat dalam operasi itu.

“Polis juga menangkap dua individu lelaki yang tidak mempunyai dokumen dan seorang wanita berumur 56 tahun selain merampas 87 kotak rokok haram pelbagai jenama di kawasan Sinsuran,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Selain memberi tumpuan kepada pencegahan jenayah sekitar bandar raya, Chandra berkata operasi selama 13 jam itu turut memberi fokus kepada sasaran penting seperti resort dan pulau.

Dianggarkan kira-kira 11,000 orang mengunjungi bandar raya itu untuk menyambut kedatangan tahun baharu 2016, katanya.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan