Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis Kota Kinabalu Berkas Empat Suspek Kes Pecah Rumah

pecahrumah

KOTA KINABALU– Polis memberkas empat lelaki dipercayai terlibat dalam beberapa kes pecah rumah di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu, sejak dua bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Jauteh Dikun berkata tiga daripada lelaki berkenaan diberkas dalam serbuan di sebuah hotel di Sepanggar pada kira-kira 11 pagi, 8 Julai lepas.

“Hasil soal siasat, seorang daripada anggota kumpulan berkenaan berjaya ditahan di Inanam Point,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu di Karamunsing di sini, pada Rabu.

Jauteh berkata suspek yang berumur antara 23 hingga 30 tahun itu dipercayai terlibat dalam enam kes pecah rumah melibatkan kerugian sebanyak RM730 ribu.

Beliau berkata, hasil daripada tangkapan itu, polis berjaya merampas semula barang-barang curi dianggarkan berjumlah RM670,000 termasuk lima buah kenderaan dan pelbagai barangan lain.

Sementara itu, dalam Ops Dadu yang dijalankan pada 1 hingga 11 Julai lalu, Jauteh berkata polis berjaya merampas 469 komputer melalui 21 serbuan dan menahan seramai 31 orang berumur antara 18 hingga 32 tahun.

“Daripada jumlah itu, 26 orang adalah lelaki dan lima wanita,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan