Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Polis komited bantu kebajikan warganya

4:18pm 22/09/2016 Leolerry Lajius 20 views Kota Kinabalu,Tempatan
Rakan-rakan allahyarham mengusung keranda masuk ke dalam van jenazah.

Rakan-rakan allahyarham mengusung keranda masuk ke dalam van jenazah.

KOTA KINABALU : Polis komited dalam aspek kebajikan para warganya termasuk Pasukan Sukarelawan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM).

Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah (KBPJKKD) Ibu Pejabat Polis Daerah, Kalsom Idris berkata aspek kebajikan terutama berkaitan pengurusan jenazah, kenderaan dan sebagainya juga diberi kepada anggota atau pegawai SSPDRM.

“Kita akan membantu dalam soal kebajikan pegawai dan anggota khususnya berkaitan pengurusan jenazah, kenderaan dan sebagainya.

“Ini termasuk Pasukan SSPDRM kerana mereka ini adalah keluarga PDRM yang membantu melaksanakan tugas-tugas kita di balai,” katanya selepas solat jenazah anggota SSPDRM Siri 1/2012, Allahyarham Konstabel Nazmi Nacho, 36, yang juga Pembantu Tadbir di Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Negeri Sabah sejak tahun 2014.

Allahyarham Nazmi menjalani rawatan di Hospital Queen Elizabeth selama dua minggu sebelum dimasukkan ke unit rawatan rapi Jumaat lalu dan telah menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 6.30 petang pada Isnin, kerana organ dalaman gagal berfungsi akibat dijangkiti kuman.

Hadir melawat di Masjid Nur Islam Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah Kepayan, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun sebelum jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Orang-orang Islam Kg Melugus Papar, pada Selasa.

Sementara itu, Ketua Sukarelawan Polis Daerah, ASP/SP Awang Usli Mohd Salleh berkata pihaknya kehilangan seorang anggota yang serba boleh dan sangat dedikasi dalam setiap tugasan yang diarahkan.

Beliau berharap keluarga allahyarham tabah menerima dugaan itu sambil menasihatkan para anggota SSPDRM agar tidak patah semangat dan terus memberikan komitmen yang terbaik./PENERANGAN-

 Rashid (tengah) bersama Kalsom ketika melawat jenazah di Masjid Nur Islam, Kepayan.

Rashid (tengah) bersama Kalsom ketika melawat jenazah di Masjid Nur Islam, Kepayan.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan