Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis kerah anggota tambahan di Medan

SEBUAH kenderaan diterbalikkan ketika pergaduhan meletus.
SEBUAH kenderaan diterbalikkan ketika pergaduhan meletus.

Jakarta: Polis Indonesia mengerah 1,500 anggota tambahan di Medan susulan pergaduhan antara dua persatuan pemuda yang menyebabkan dua orang maut.

“Kami menghantar 1,500 anggota tambahan terdiri daripada anggota polis dan tentera sebagai langkah berjaga-jaga,” kata Ketua Jabatan Perhubungan Awam, Polis Indonesia, Anton Charliyan, semalam.

Anton berkata, pihak berkuasa masih menyiasat punca pergaduhan antara persatuan Pemuda Pancasila dan Ikatan Pemuda Karya (IPK).

Katanya, pergaduhan itu menyebabkan dua orang mati, tetapi identiti mangsa masih belum dikenal pasti.

“Kami masih cuba mengenal pasti mangsa yang maut dan mengira jumlah mereka yang cedera.

“Kami masih menyoal siasat beberapa saksi dan ketika ini masih belum membuat sebarang tangkapan,” jelasnya.

Menurutnya, pergaduhan itu tercetus kelmarin apabila IPK menganjurkan satu acara konvoi motosikal dan melintasi ibu pejabat Pemuda Pancasila .

“Apabila anggota IPK be-
rada berhampiran ibu pejabat Pemuda Pancasila, pergaduhan mula tercetus.

“Mungkin Pemuda Pancasila berasa terganggu atau kedua-dua pihak memang ada konflik sebelum ini,” katanya. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan