Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis Kenal Pasti Suspek Letak Bom Depan Rumah

polis

NIBONG TEBAL – Polis telah mengenal pasti lelaki yang dipercayai meletak bungkusan berisi empat butir bom di perkarangan sebuah rumah di Jalan Badak Mati, Sungai Bakap di sini Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superintendan Wan Hassan Wan Ahmad berkata, kelibat lelaki itu berjaya dirakam CCTV yang terdapat di sebuah kedai berhampiran lokasi kejadian.

“Usaha mengesan lelaki itu giat dijalankan dan setakat ini kami percaya bom buatan sendiri itu dibuat oleh mereka yang mahir dalam bidang itu.

“Polis juga mendapat beberapa petunjuk baharu termasuk cap jari suspek yang terlibat,” katanya kepada pemberita selepas Ops Pencegahan Jenayah Bersepadu Peringkat Kontinjen Pulau Pinang di Seberang Perai Selatan di sini hari ini.

Sabtu lepas seorang penduduk menemukan sebuah beg kertas mengandungi empat butir bom buatan sendiri di perkarangan rumah berhampiran setor simpanan barang.

Tiga daripada bom itu diletupkan Unit Pemusnah Bom manakala sebutir lagi dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang untuk siasatan.

Wan Hassan berkata, polis telah mengambil keterangan lima individu termasuk pemilik rumah berkenaan bagi membantu siasatan kes itu. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan