Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis Keluarkan 33 Saman Trafik Dalam Op Motosikal Bersepadu Di Tawau

gambar hiasan
gambar hiasan

TAWAU : Polis Tawau mengeluarkan sebanyak 33 saman ke atas pelbagai kesalahan trafik kepada 20 penunggang motosikal melibatkan penunggang lelaki berumur antara 20 hingga 41 tahun dalam Op Motosikal Bersepadu di beberapa kawasan di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah ACP Fadil Marsus berkata operasi bersepadu itu melibatkan kawasan bandar Tawau, Takada, Jalan Kuhara dan Jalan Apas.

Antara penunggang yang diberkas telah menunggang motosikal dengan bising di kawasan Masjid Bandar di sini sehingga mengganggu jemaah menunaikan solat Maghrib, katanya.

“Operasi bersepadu ini telah menahan dan memeriksa sebanyak 20 buah motosikal pelbagai jenis dan mengeluarkan 33 saman bagi pelbagai kesalahan trafik terhadap mereka.

“Difahamkan kebanyakan penunggang yang ditahan datang dari daerah Lahad Datu, Kota Belud, Nabawan, Tambunan dan Tawau,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Fadil berkata penunggang motosikal yang ditahan itu dipercayai antara peserta yang mengambil bahagian sebuah program santai di kawasan tempat letak kereta Kompleks Sukan Tawau melibatkan lebih 1,000 penunggang motorsikal.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan